Sunday 16 September 2012

salam .....

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

1.NIAT IKHLAS KERANA ALLAH. 
Niat mesti betul.Niatkan kerana Allah  
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL 
 Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian.

3.  MENJAUHI MAKSIAT 
Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. 

 4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH 
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan 

  5. BANYAKKAN ZIKRULLAH 
Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas.
  
 6. MENJAGA KEHORMATAN
 Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
  
7.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
 Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
 8. MENGHORMATI GURU
Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam.
 9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI 
 Kita mengamalkan segala ilmu yang    dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita.